Cara Mandian Paling Unik Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Cara Mandian Paling Unik Di Dunia


Mandi adalah perkara yang paling wajib dilakukan oleh setiap manusia. Jika manusia tidak mandi, pasti badan kita akan berbau busuk dan badan menjadi tidak segar. Cara mandian yang kita lakukan sama sahaja seperti orang lain iaitu mandi dengan menggunakan pancuran air dan cara simbahan air dari kolah terus ke badan. Hari ini, Hackers nak tunjukkan kepada anda cara mandian paling unik di dunia. Jom teruskan membaca artikel ini :

1. Mandian dengan Kari Panas

Ini satu benda yang paling pelik bagi Hackers kerana mandi dengan kari panas. Bukan ke kita di Malaysia, kari adalah makanan yang untuk di makan. Cara mandian ini hanya terdapat di Kanawaga, Jepun. menurut pengusaha mandian kari ini, mandian ini dapat meningkatan peredaran darah dan dapat melindungi kulit kita.

2. Mandian Petroleum

Satu mandian yang amat merbahaya. Jika terkena sambaran api, sudah tentu akan membakar diri sendiri. Itulah mandian petroleum. Mandian ini hanya terdapat di Naftalan, Azerbaijan. Dikatakan bahawa mandian ini penuh dengan belerang dan sangat efektif dalam pertahanan terhadap arthritics dan penyakit kulit.

3. Mandian Wine Merah

Mandian ini agak pelik juga sebenarnya. mandia dengan menggunakan wine merah. Ia hanya terdapat di Perancis dan juga di Kowakien, Jepun. Kalau mandi di sini, adakah ia menjadi haram?

4. Mandian Tanah Hitam

Tanah hitam pun boleh dijadikan mandian manusia. Hairan-hairan. Mandian ini hanya terdapat di Kyushu, Jepun. Banyak betul benda pelik di Jepun rupanya. Cara mandian ini adalah  seluruh tubuh mereka akan ditanam ke dalam tanah untuk menikmati mandian tanah hitam ini. Ada sesetengah pengunjung berkata, ia seperti mandian SPA dan dapat mendorong tubuh kita untuk berpeluh dan mengeluarkan toksin dalam badan.

5. Mandian Beer

Masih di Jepun lagi mandian pelik ini. Mandi menggunakan beer pula. Ianya hanya terdapat di Kanagawa, Jepun. Jika pengunjung mandi di sini akan mendapat beer panas secara percuma.

6. Mandian Lumpur Hitam

Dah macam orang minyak apabila melihat gelagat mereka ini. Inilah mandian lumpur hitam kat pekat dan likat. ianya terdapat di wilayah Sichuan, China. Lumpur hitam ini cukup popular di sana kerana sebahagian orang menggunakan lumpur ini sebagai masker muka.

7. Mandian Coklat

Macam seronok sahaja mandian coklat ni. Sambail mandi sambil itu boleh makan. Mandian ini hanya terdapat di Kanagawa, Jepun. Wilayah Kanagawa penuh dengan benda pelik agaknya ye. Mandian ini disukai ramai kerana ia mengeluarkan aroma yang wangi dan baik untuk antioksida.

8. Mandian Tomato

Mandian tomato ini macam selalu dengar. Mungkin ia terdapat di Sepanyol. Mandian ini bagi pendapat Hackers macam rasa geli dan jijik pula kerana ia adalah tomato. Tomato untuk di makan, tapi mereta gunakan untuk mandi. Agaknya mandian ini dapat mendinginkan badan agaknya.

Anda sudah melihat kesemua cara mandian pelik ini. Jadi, banyak-banyak mandian di atas, yang manakah pilihan anda jika berpeluang ke tempat itu?

7 comments

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

mesti lah yg no 7 tu..hehe

Terowong Informasi said...

dah agak dah..Hackers pun suka...

Terowong Informasi said...

betul jugak kata eila tu...

Anonymous said...

mandian coklat plg best...mesi rasa nk makan skali...ntah2 taik pon ada cmpur gak...hahahaha...wekkk

Unknown said...

lepas mandi wine merah kepala tinton!!heheh

Unknown said...

Cara mandian yg pelik2... kebanyakannya di Jepon... mungkin org jepon selalu boring, itu yg selalu create benda yg pelik2.
Tapi kalau nak kena pilih, saya pilih mandi tomato.... cam best dan menyegarkan badan.. kulit boleh jadi mulus dan tulus.. err betol ke? l.o.l

Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

Terowong Informasi said...

mungkin apa yang diana katakan itu ada betulnya..orang jepun mudah bosan apa yang mereka lakukan setiap hari..dengan ini, aktiviti pelik sahaja yang mereka cuba lakukan