5 Tempat Perlancongan Terbusuk Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

5 Tempat Perlancongan Terbusuk Di Dunia

Menurut laman web Skyscanner.com seperti yang dilaporkan Courier Mail, terdapat 5 tempat perlancongan terkenal di dunia yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat dunia. Pasti anda tertanya-tanya dimanakah tempat perlancongan yang dimaksudkan itu? Baiklah, mari kita ikuti 5 tempat perlancongan terbusuk di dunia :


1. Cancun, Mexico 
Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah. Walaupun indah dimata tetapi indah juga dihidungkan?


2. Venice, Italy
Kota ini sentiasa menjadi destinasi pilihan berbulan madu kerana ia memang terkenal di seluruh dunia sebagai kota romantis. Tetapi menjelang musim panas, aroma 'aneh' yang menyengat hidung dan pastinya akan mengganggu bulan madu pelancong kerana pada masa itu pekerja pembersih sampah ditugaskan untuk membuang segala kekotoran ke dalam saluran.


3. Rotorua, New Zealand
Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".Kenapa ia terkenal sedangkan ia busuk ye?Pelik ni..


4. St. Helen Auckland, Durham, England


Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.Bila teringat bau bawang, teringat pula bau ketiak hangit..


5. Cote-'or, France


Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang membuat keju The Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam. 

5 comments

Unknown said...

Harap je cantik tapi busuk pulak ;)

Terowong Informasi said...

tahu takpe...

ikaa said...

erkk keju busuk erk..huhu bru tw lak

Anonymous said...

betul ker bro busuk? tengok nmpak cantik dan bersih ajer.... bawang busuk ker? bawang kentut busuk ler huhuhu

Terowong Informasi said...

betul la bro...bab bawang, sesetengah orang anggap ia busuk