Qaza' Adalah Haram?
Sekarang ramai kaum lelaki sukakan trend ini iaitu trend mencukur sedikit dirambut ataupun Qaza' namanya. Pada mulanya Hackers tidak tahu mengenai hukum ini terhadap trend ini tetapi rupanya ianya Haram. Kebanyakkan trend ini dilakukan oleh pemain bola sepak dunia dan artis di merata dunia. Corak mereka ini kebanyakkannya seperti corak abstract. Memang nampak cantik tetapi kita sebagai umat islam, jangan buatlah ye..Jika yang dah buat, cukur terus rambut itu. Di bawah ini Hackers ada sedikit penjelasan mengenai Qaza ini di laman sesawang Halaqah.net :
Qaza‘
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)

5 comments
nice information kak hacker... ane bakal share dahh...
btw.. visit juga ya : http://somedaily.co.cc
thanks... :D
kak? Dik..ni laki lah...
mohon share ya pak hacker ... hehe
shared ajelah..pengetahuan kan ni
memg nmpk mcm cool laki rmbut mcm tu. cool tk cool klu dh haram jngn la buat
Post a Comment