Cerekarama Maafkan Aku Di TV3 Memang Terbaik - Terowong Informasi

Breaking News

Cerekarama Maafkan Aku Di TV3 Memang Terbaik

Anda menonton Cerekarama : Maafkan Aku di TV3 tadi tadi? Jika anda menontonnya, apa pendapat anda menegnai cerekarama tersebut? Bagi pendapat Bro Nasa, ceritanya banyak pengajaran yang disampaikan kepada penonton. Bro Nasa jenis sukar nak menonton drama di televisyen. Tetapi bila melihat drama ini, ternyata membuat hati rasa sebak dan insaf. Drama ini bermula mengisahkan insan yang bernama Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri di sebuah madrasah Murafah, di mana tempat beliau menuntut ilmu disitu. Selepas itu, Firdaus Hazadi telah dihukum tanpa usul periksa dan akhirnya beliau dibuang dari madrasah tersebut. Akibat tekanan hidup, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya dan beliau terkejut apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Bermula dari situlah, firdaus membuat perancangan untuk ke rumah marya tersebut berdasarkan alamat IC yang beliau curi sebelum ini. Insiden tersilap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Jika Bro Nasa nak cerita sampai habis, alamatnya memang panjang berjela entry Bro Nasa malam ini. Drama ini memang terbaik. Jika anda terlepas saksikan drama ini, apa kata anda tunggu di laman web Tonton sahaja esok. Pasti ada. Rating drama ini, Bro Nasa berikan 4.5/5 bintang.


P/S : Ada blogger kata, drama ini meniru dari drama Indonesia, betul ke?

6 comments

Srikandi Bonda said...

SB xtgk citer ni smlm, tp bl bc sinopsis kt sini, jln cerita sama mcm filem Mihrab Cinta. ye ke? hehe

Terowong Informasi said...

mungkin rasanya dari filem Mihrab Cinta. Ada juga orang kata begitu tapi apa pon, mesej yang disampai itu bagus. betul x?

Anonymous said...

aku tgk separuh jalan jer... tapi setakat separuh jalan tu memang sebijik mihrab cinta.... boleh bandingkan ... cari mihrab cinta di youtube

Terowong Informasi said...

ye ke..jadi memang betullah cerita ini di ambil dari mihrab cinta..apa2 pon, ia memang terbaik..

eiyla said...

betul! 95% tiru DALAM MIHRAB CINTA. Cuma 1 watak ditiadakan iaitu ZIZI... ia adalah karya HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY. Cerita ini memang tinggi nilai moralnya. Semoga pembikin drama MAAFKAN AKU mendapat pengajaran dari drama dia sendiri...tidak baik MENCURI :-)

Terowong Informasi said...

heheh...mencuri ea kiranya itu?