Makanan Paling Berbahaya Untuk Di Makan - Terowong Informasi

Breaking News

Makanan Paling Berbahaya Untuk Di Makan

Di Malaysia, ada pelbagai makanan yang kita boleh pilih kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum. Makanan di Malaysia semuanya sedap dan selamat di makan. Selamat dimakan? Kenapa Bro Nasa kata begitu? Ok, Bro Nasa sebenarnya mahu tunjukkan kepada anda mengenai makanan paling berbahaya untuk di makan. Pasti anda pelik, ada ke makanan yang merbahaya untuk di makan. Sebenarnya memang ada, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Mari lihat senarai di bawah ini :

1. Fugu @ Ikan Buntal
Masyarakat Jepun sudah lama memakan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun tetrodoxine yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedeur yang betul, ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu. Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.

2. Sannakji @ Sotong Kurita Hidup
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya boleh tercekik.

3. Casu Marzu
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.

4. Acckee Plant
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.

Apa pandangan anda mengenai makanan paling merbahaya ini. Anda mahu mencubanya? Jika anda berani, bolehlah mencubanya tetapi risikonya adalah MATI!!!

3 comments

Unknown said...

nak makan pun kena berhati-hati...

Terowong Informasi said...

mestilah bro..xkan nak bedal aje kan..kena hati2..hehehe

Unknown said...

silap mkn leh maut ni