Rekaan Kasut Wanita Bakal Digilai - Terowong Informasi

Breaking News

Rekaan Kasut Wanita Bakal Digilai

Pasti kaum wanita sedang berfikir untuk membeli kasut semperna hari raya aidilfitri bakal menjelma nanti. Jenis macam mana, warna malah rekaan sekali turut difikirkan. Bro Nasa ada terjumpa beberapa gambar kasut wanita yang bakal digilai di Malaysia nanti. Kasut ini berjenama Hakes yang direka oleh Julian Hakes.

Ia masih belum berada di pasaran Malaysia tetapi di luar negara,ianya sudah ada. Lihat gambar Bro Nasa berikan ini. Unik dan pelikkan rekaan kasut ini. Pasti anda tertanya-tanya, adakah rekaan kasut ini stabil untuk dipakai? Selesakah kasut tumit tinggi ini. 

Bagi pendapat Bro Nasa, ia memang lain dari yang lain tetapi macam menyeksakan sahaja bila memakainya tapi ia cantik pula. Jadi, kepada anda yang berminat mengenai rekaan kasut ini, bolehlah cari nanti. Jika sudah pakai, bagi tahu Bro Nasa macam mana keselesaan kasut tumit ini ok. 

2 comments

Luqman Zakaria said...

peliknye!hhee,,tapi boleh tahan!

Terowong Informasi said...

memang pelik bro tapi cantik pula kan?