Awek Dapat MC 5 Hari Makin Popular? - Terowong Informasi

Breaking News

Awek Dapat MC 5 Hari Makin Popular?

Anda pasti tahu akan cerita budak perempuan dari Singapura yang sangat menggedik di video dan diupload di Youtube. Budak ini memang hangat diperkatakan di Singapura dan Malaysia juga. Bro Nasa lihat video ini  bulan lepas secara tidak sengaja. Pandangan Bro Nasa melihat video ini buat kali pertama, macam nak pelempang sahaja budak ini.

Perlu ke nak buat muka dan mulut seperti itu? Video ini menunjukkan budak perempuan ini mendapat MC selama 5 hari lalu merekodkan ke dalam video dan diupload di Youtube dengan gaya yang cukup menggedikkan. Kegedikkan budak ini adalah dengan membuat mulut muncung dan buat muka cute di dalam video tersebut.Bayangkan 1917 dislike berbanding 80 like sahaja pada video pertama budak ini. Videonya seperti di bawah : Adik, tak comel pun adik buat seperti itu. Boyfriend adik pasti malu dengan tindakkan adik itu. Kalau pasangan anda buat macam itu dan tunjukkan kepada 1 dunia di laman Youtube, anda malu ke tidak? Tapi, sejak penyebaran video ini, beliau makin popular dan melular di laman Youtube tau. Naik hairan Bro Nasa dengan budak ini. Siap ada video Parody lagi. Nak tengok, mari layan sekejap : Macam-macam budak zaman sekarang ini. Anda pernah lihat video sebelum beliau MC 5 hari ini? Video ini memaparkan beliau mengucapkan selamat ulang tahun ke 6 bulan perkenalan dengan bekas boyfriendnya.

Oklah, anda layan sahajalah video di bawah dan gambar yang Bro Nasa sediakan ini. Jangan anda ikut jejak langkah budak ini sudahlah. *Kesian plak dengan budak ini kena kutuk..huhahuha..

3 comments

Ezad Skytech said...

tak sanggup nak tgk...nanti kena tahan gelak..heee~

Terowong Informasi said...

hahaha..bro nasa pon xle nak handle bila tgk video ini

iAwani said...

Dia kena kutuk pun, tetap menjadikannya faymes juga. hehe.