Lawan Pemadam : Popular Di Sekolah Rendah - Terowong Informasi

Breaking News

Lawan Pemadam : Popular Di Sekolah Rendah

Lawan pemadam, pasti anda akan kata 'macam pernah dengar aje'. Memang anda pernah dengar akan permainan ini. Ia dimainkan sewaktu zaman sekolah rendah dahulu. Lawan pemadam ini memang best kerana ia menggunakan strategi tersendiri.

Ada yang main jika menang, mereka akan dapat pemadam yang mereka kalahkan itu. Pemadam paling digilai sewaktu zaman sekolah rendah dahulu adalah pemadam yang mempunyai gambar bendera satu dunia.

Bila ke kedai buku di sekolah, pasti pemadam ini habis dan tiada stok kerana budak-budak sibuk main lawan pemadam ini. Pemadam ini memang sesuai digunakan kerana ia murah dan rata permukaannya. Agaknya, budak zaman sekarang main lagi ke tidak akan permainan nostalgia ini. Ada sesiapa yang tahu?

No comments