El-Sajjadah : Sejadah Berteknologi Tinggi - Terowong Informasi

Breaking News

El-Sajjadah : Sejadah Berteknologi Tinggi

Terdapat satu prototype sejadah yang cukup berteknologi tinggi iaitu El-Sajjadah. Keunikkan sejadah ini adalah ia akan menyala apabila kiblat yang dihala itu tepat. Jika anda salah meletak sejadah ini, ia tidak akan menyala.

Sejadah ini mempunyai penunjuk arah kiblat secara digital dan boleh disetkan mengikut lokasi yang anda berada. Pada pandangan Bro Nasa, ia memang cukup unik. El-Sajjadah ini telah mendapat liputan meluas oleh media asing iaitu seperti The New York Times, Engadget, Gizmodo dan banyak lagi. Media asing teruja dengan ciptaan sejadah ini kerana ia tidak lagi wujud sebelum ini. Jika difikirkan, berapa harga agaknya?
Mari lihat video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut :