Pad Penyahbau Kentut - Terowong Informasi

Breaking News

Pad Penyahbau Kentut

Tentu anda takut-takut jika mahu melepaskan angin atau kentut di khalayak ramai. Betul tak? Jika anda tidak tahan sekalipun, pasti anda cuba menahannya dari gas tersebut keluar. Jika keluar tidak berbunyi, pasti boleh elak dari suspek yang bersalah tetapi jika berbunyi, pasti anda akan dapat mahu besar.

Bagi Bro Nasa, kentut bunyi lagi bagus dari kentut senyap. Bau kentut senyap ini macam bau tungkik berbanding kentut berbunyi. Ini sekadar pendapat Bro Nasa sahaja ok.

Terdapat satu produk penyahbau kentut dipasaran sekarang ini. Anda mesti tidak tahu akan kewujudan produk ini. Ia adalah keluaran Flat-D dari Amerika Syarikat ini telah membuat satu inovasi yang sangat kreati f kerana menghasilkan pad ini. Digelar 'Flat-D Flatulence Deodorizer', pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau. Pad seluar dalam penyahbau ini sesuai untuk dipakai lelaki mahupun wanita dan didatangkan dalam versi pakai buang mahupun cucian semula. Anda berminat? Jika berminat, bolehlah cari pad ini di mana-mana ye..Bro Nasa tak tahu...

1 comment

Akemal said...

mesti beli nih bro. haha