Fun Vii : Kereta Konsep Panel Sesentuh Yang Unik - Terowong Informasi

Breaking News

Fun Vii : Kereta Konsep Panel Sesentuh Yang Unik

Kereta konsep yang dihasilkan oleh syarikat Toyota Inc telah dipamerkan di Jepun ketika pameran Tokyo Motor Show baru-baru ini.Kereta konsep ini dinamakan sebagai Fun Vii.

Model eksperimen yang digambarkan oleh Toyota sebagai telefon pintar di atas roda.Ini adalah disebabkan kerana  Fun Vii berfungsi lebih kepada seperti telefon mudah alih. Sebagai contoh, seluruh badan kenderaan serta dalaman kereta boleh digunakan sebagai ruang paparan gergasi, dengan kedua-dua warna badan dan kandungan paparan boleh ditukar sesuka hati dan dengan mudah sama seperti memuat turun data telefon bimbit.

Fun Vii juga mampu berinteraksi dan dapat dihubungkan dengan kenderaan persekitaran dan infrastruktur, manakala jurucakap Toyota mengatakan bahawa sebahagian daripada fungsi-fungsi kereta boleh dikawal dari jarak jauh melalui telefon pintar atau mana-mana alat komunikasi mudah alih yang lain. Terbaikkan?

2 comments

Anum said...

canggihnya

Iwan said...

mantap..bayang kan kalo tercalar.. sure tak leh pakai dah touch screen kat body tue.. hohohho but it is a good idea