Jalan TAR, Jalan Paling Sesak Di Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Jalan TAR, Jalan Paling Sesak Di Malaysia


Sudah dua minggu kita berpuasa setakat ini dan pasti ramai ibu bapa sibuk menyiapkan pembelian baju raya untuk anak masing-masing. Lokasi pembelian baju raya bagi warga Kuala Lumpur, sudah semestinya di Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Jalan ini boleh dikatakan antara jalan paling sibuk di Malaysia berbanding jalan lain. Jalan paling sibuk yang dimaksudkan Bro Nasa bukan sibuk dengan kenderaan tetapi sibuk dengan kebanjiran manusia yang membeli belah.

Setiap kali perayaan, peniaga Jalan TAR ini pasti tidak menang tangan dengan kehadiran pengunjung yang datang. Pengunjung yang datang bukan setakat warga Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang dari utara dan selatan tanah air semata-mata mahu membeli belah di sini. Pendapat Bro Nasa, lokasi ini memang terbaik untuk dibeli kerana menawarkan harga yang cukup murah jika kita pandai main harga.

Bro Nasa sudah siap beli untuk persediaan untuk raya tahun ini. Anda sudah siap untuk persediaan raya tahun ini? Jika belum, apa lagi, Jom ke Jalan TAR!!! Ingat, anda perlu berhati-hati dengan penyeluk saku kerana mereka anda di kawasan itu sebab ramai orang di situ. Hati-hati simpan duit di kocek ok..

3 comments

Izwa Kamaruddin said...

walaupun keje dekat je ngn jln tar tapi tak kuasa nk bersesak..hehehe..

ikaa said...

tudunggggggggggg lawanyaaaa..

Xarruc said...

wahhhh, lawa gambar ~