Konsep Sekolah Tanpa Dinding Di Sweden - Terowong Informasi

Breaking News

Konsep Sekolah Tanpa Dinding Di Sweden


Sekolah di Malaysia, tidak berubah seperti dahulu lagi. Ia kelihatan suram, warna bangunan yang kusam dan dari segi dalaman, ia sangat tidak moden. Sekolah di Malaysia dan beberapa negara di luar sana  mengamalkan kaedah sempadan antara kelas lain ke kelas lain. Sempadan ini disekat oleh dinding dan tidak terbuka. Anda tidak dapat mengetahui apa yang berlaku di kelas sebelah anda.


Anda tentu tidak faham apa yang Bro Nasa katakan ini bukan? Sebenarnya, Bro Nasa mahu tunjukkan satu konsep baru yang dilakukan oleh negara Sweden iaitu konsep sekolah tanpa dinding. Bukan semua tiada dinding tetapi tiada dinding untuk sekatan antara kelas-kelas di dalamnya. Konsep terbuka ini memberi impak pembelajaran baru kepada pelajar di sana.

Mereka pentingkan keselesaan dalam pembelajaran. Jadi, anda boleh bergerak bebas untuk ke mana sahaja tanpa batasan. Ruangan pembelajaran terbuka dan kelas ini boleh dijalankan dimana-mana didalam 5 zon khas yang diberi nama The Cave, The Lab, The Camp Fire, The Watering Hole dan The Show Off. Setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Unikkan sekolah ini. Jika ada di Malaysia dan amalkan cara seperti ini, tentu Bro Nasa rajin belajar dulu..Hahaha

6 comments

Luqman Zakaria said...

sangat menarik kan.budak2 pon mesti rajin pergi sekolah~~

yayahnasake said...

tersangat menarik dan unik. kalo saya memang sanggup saya datang sek ari2 n mesti lebih fokus n menarik untuk sy n plajar2 lain dtg sek. sepatutnya Malaysia dah kna buat mcm ini...

Terowong Informasi said...

ada juga menyokong cadangan ini..terbaik...

Izwa Kamaruddin said...

bagus la sekolah mcm ni takde la rasa terkongkong..

ieza ashaari said...

budak dtg sekolah nk main je r mcm tue.. :P

ada dinding pun tak fokus, apatah lagi bila tiada dinding.. pengsan cikgu nak kejar..

Terowong Informasi said...

mungkin ada sesetengah orang suka sekolah seperti ini berbanding cara yang ada sekarang..itu tidak mustahil