Slurpee Kini Dirumah - Terowong Informasi

Breaking News

Slurpee Kini Dirumah

Jika cuaca panas terik pasti membuatkan kita terasa haus yang amat sangat. Suhu di Malaysia selalunya lingkungan 33-34 darjah celsius membuatkan kita cepat letih jika kerap berjemur. Jika keadaan seperti ini, minuman seperti yang berais akan menjadi pilihan di hati. Contohnya minuman Slurpee di kedai seberneka 7 Eleven.

Slurpee memang popular sejak dahulu lagi dan ia boleh dikira murah untuk mendapat minuman seperti ini. Slurpee ini sama seperti ais blend tetapi Slurpee banyak bermain pada perisa minuman bergas sahaja. Jika anda mahu minum minuman ini, anda perlu ke 7 Eleven. Sekarang, anda tidak perlu ke sana lagi kerana anda boleh menikmatinya di rumah anda sendiri. 7 Eleven telah mengeluarkan alat membuat Slurpee ini di rumah. Ia sama seperti mesin di 7 Eleven. Cuma perbezaannya adalah ia kecil sedikit. Lihat gambar yang Bro Nasa berikan ini, ia seperti alat membuat ABC sahaja. Jika anda berminat untuk mendapatkan alatan ini, harganya adalah US49.90 bersamaan dengan Ringgit Malaysia adalah RM156.00. Unikkan alat ini..

4 comments

ieza ashaari said...

brp kerap sgt r nk menggunakannya pun.. :P

ikaa said...

wahhhh best gilerr!! slalu gah singgah 7E beli slurpee..kalau dapt mesin tue..leh jual slurpee kt umh lak kan..hahaha

bersama kak Es said...

kalau anak ramai mmg berbaloi

Terowong Informasi said...

tak terfikir pula Bro Nasa bab jual kat umah ni..heheh