Pembukaan Restoran McDonalds Pertama di Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Pembukaan Restoran McDonalds Pertama di Malaysia


Restoran makanan segera McDonald's sudah ada di mana sahaja pelusuk dalam negara ini. Tidak kira bandar atau kampung, restoran yang memainkan lambang huruf 'M' ini pasti ditemui. Tapi, anda terfikir atau tidak, dimanakah restoran Mcdonald's pertama di buka di Malaysia?

Bro Nasa akan ceritakan sejarah pembukaan McDonald's pertama di Malaysia ini. Ia telah dibuka pada 29 Mei 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. Sempena hari pembukaan yang bersejarah tersebut, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun! Kenyang habis siapakah yang bertuah itu. Makan free siapa tidak mahu bukan?

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan lain seperti Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi. menu tersebut sama seperti yang ada sekarang ini. Atas sambutan yang luar biasa dari pelanggan, McDonald's telah membuka satu lagi cawangannya di Plaza Yow Chuan, Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran terbabit dibuka pada setiap hari dari pukul 10am sehingga 10pm.

P/S : Tahukan anda, Restoran makanan segera pertama di Malaysia adalah A&W tau...

4 comments

Anum said...

good info

Unknown said...

1st restoran tu masih wujud lg ker?

Terowong Informasi said...

Bro Nasa rasa wujud lagi agaknya..nnt kalau jumpa bro nasa ambil gambar ok

Mawardi yunus said...

singgah baca blog awak
http://mawardiyunus.says.com/recommendations/coca-cola-semangat-ramadan