Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas? - Terowong Informasi

Breaking News

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?

Pasti ramai yang tidak perasan dan tidak tahu mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas walaupun terdedah dengan cuaca panas yang amat terik di sana. Suhu di Makkah adalah lingkungan 40-42 darjah Celsius. Melakukan tawaf di malam hari dan di siang hari memang berbeza. Selalunya, penduduk Makkah melakukan umrah di malam hari kerana cuaca ketika itu sejuk.

Jika anda melakukan tawaf di malam hari, anda tidak perlu mengerah tenaga kerana cuaca ketika itu sejuk berbanding siang hari yang boleh membuatkan badan anda berpeluh akibat cuaca panas terik. Yang uniknya jika di saing hari, lantai di Masjidil Haram tidak rasa sedikit panas walaupun cuaca ketika itu mencecah 40 darjah Celsius. Semasa tawaf, kebanyakkan jemaah akan berkaki ayam. Jika lantai tersebut panas, pasti jemaah kan menjinjit kaki kerana tidak tahan kepanasan lantai tersebut. Bro Nasa akan rungkaikan mengapa ia jadi seperti ini. Bro Nasa tahu dari info yang boleh digunapakai walaupun Bro Nasa belum menjejak kaki ke sana lagi.

Untuk pengetahuan anda, lantai masjidil Haram tidak panas kerana terdapat Air Conditioner di bawah lantai tersebut. Seorang pekerja pembersihan di Masjidil Haram yang bernama Udin yang memberitahu informasi ini. Jika tiada Air Conditioner, pasti jemaah akan mengelupur kepanasan semasa melakukan ibadah tersebut.
Faktor kualiti Marmar di lantai juga memainkan faktor utama untuk mengelakkan kepanasan di lantai tersebut. Dulunya, tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti sewaktu ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Pada masa Abdullah Ibnu Zubair, Jubinnya sewaktu itu dengan jarak lima meter dari Kaabah, sehingga 1375 Hijrah atau 1954 M pada masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus tanpa henti. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar terbaik berkualiti tinggi yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Pemandangan Sekitar Masjidil Haram sewaktu dahulu.


Pada masa Raja Khalid, perluasan kawasan untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf. Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibina satu ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi itu la sebabnya, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas walaupun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

1 comment

Terowong Informasi said...

thanks anum kerana menjadi komen tegar di blog ini..