Gambar Permainan Papan Luncur Di Era 60an - Terowong Informasi

Breaking News

Gambar Permainan Papan Luncur Di Era 60an


Permainan papan luncur atau Skateboarding memang popular kepada golongan remaja. Antara 'star' dalam sukan papan luncur ini adalah Tony Hawk. Memiliki skill yang terbaik dan sudah dianggap legend dalam sukan ini. Bila papan luncur ini mula dicipta?

Bro Nasa tidak tahu bilakan ianya dicipta dan bilakah ia popular. Bro Nasa terjumpa satu gambar permainan papan luncur yang dimainkan pada era 60an. Ia dirakam di kota New York. Adakah tahun ini merupakan tahun bermulanya ciptaan papan luncur ini? Itu tidak mustahil sebenarnya. Jika anda lihat beberapa gambar yang Bro Nasa sediakan ini, kelihatan kanak-kanak dan orang dewasa seronok bermain papan luncur ini. Tidak kira lelaki atau perempuan bermain papan luncur ini.


Papan luncur yang terpapar di gambar ini nampak seperti kecil dan tidak lebar berbanding papan luncur zaman sekarang. Mungkin peredaran zaman dan teknologi mengubah reka bentuk papan luncur ini. Gambar ini mungkin menjadi satu nastalgia yang cukup bermakna dalam sukan papan luncur. Sukar nak lihat gamar lama seperti ini. Bukan Photoshop ye..

No comments