Pencinta Haiwan Selamatkan Kucing Dari Dijadikan Santapan - Terowong Informasi

Breaking News

Pencinta Haiwan Selamatkan Kucing Dari Dijadikan Santapan


Sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing telah di tahan oleh pihak berkuasa Jiangsu semasa operasi sekatan jalan raya. Semasa di tahan, pihak berkuasa terbabit memeriksa lori terbabit dan telah menjumpai kucing terbabit. Bila disoal, rupanya kucing terbabit akan dihantar ke restoran untuk dijadikan santapan.

Pihak berkuasa terbabit menghubungi pencinta haiwan supaya menyelamatkan kucing-kucing ini dari dijadikan santapan manusia. Pencinta haiwan tersebut telah membayar pampasan sebanyak Yuan 3500 (RM1700).

Di China, tiada undang-undang menyalahkan memakan kucing atau menjualnya untuk dijadikan santapan. Bila lihat pada gambar yang Bro Nasa sediakan, kesian melihat kucing yang dimasukan ke dalam sangkar yang sempit itu malah ada juga dimasukkan ke dalam karung guni. Mujur ada Hero yang datang selamatkan. Jika tidak, jadi santapan istimewalah jawabnya..

P/S : Kucing ini masak apa sedap? Huhu

No comments