Jelly-Click : Tetikus Seperti Belon
Jika anda mahu membawa laptop ke mana-mana, tetikus atau mouse tetap anda akan bawa walaupun laptop sudah sedia dengan mouse sesentuh. Jika menggunakan tetikus, kerja anda lebih efisyen dan senang berbanding menggunakan mouse sesentuh. Mungkin satu sahaja yang tidak gemar membawa tetikus ini kerana ia besar sedikit walaupun sebesar tapak tangan sahaja.
Pasaran tetikus di mana-mana kedai ada pelbagai jenis dan jenamanya. Ada yang dijual sehingga ratusan ringgit walaupun tugas tetikus ini untuk klik sahaja. Bro Nasa terjumpa satu jenis tetikus yang unik dan lain dari yang lain. Ia dinamakan Jelly-Click.
Jelly-Click ini lainnya adalah, ia diperbuat dari belon plastik yang tahan lasak. Masalahnya, jika anda mahu menggunakan tetikus ini, anda perlu meniup dahulu sebelum menggunakannya. Walaupun ia unik dan kreatif, ada juga yang menyusahkan. Ada yang berminat dengan mouse ini?

No comments
Post a Comment