Penjara Yang Bertaraf 5 Bintang - Terowong Informasi

Breaking News

Penjara Yang Bertaraf 5 Bintang


Halden Fengsel merupakan sebuah penjara yang dikawal dengan begitu rapi di Norway. Penjara ini di reka oleh Arkitek Erik Møller Architects dan menerima banduan pertama pada 1 March 2010 setelah dirasmikan oleh Raja Norway iaitu Raja Harald V pada 8 April 2012. Kos pembinaan penjara ini berjumlah $280 juta untuk disiapkan. Penjara ini mampu menampung banduan seramai 252 orang sahaja.

Penjara Halden Fengsel ini merupakan satu-satu penjara yang berperikemanusiaan. Penjara ini juga telah dilabel penjara bertaraf 5 bintang. Setiap penghuni penjara yang di sabitkan kesalahan tak kiralah sama ada pembunuh, perogol atau sebagainya, semuanya di tempatkan di dalam sel yang setiap satunya mempunyai set TV Flat-screen, tandas, dan peti ais. Penjara ini juga di lengkapi dengan studio muzik, dan kedai serbaneka yang hanya boleh di masuki seminggu sekali. 

Bahkan kelengkapan dapur memasak,ruang santai untuk bermain catur dan gelanggang bola keranjang juga di sediakan untuk kemudahan banduan di sini. Lihat sahaja gambar yang disediakan, betapa selesanya penjara ini. Jika ada di Malaysia, pasti banduan tidak mahu keluar penjara.

No comments