Komen Bro Nasa Mengenai Artis Malaysia Yang Pernah Jumpa [Part 2] - Terowong Informasi

Breaking News

Komen Bro Nasa Mengenai Artis Malaysia Yang Pernah Jumpa [Part 2]

Sebelum ini, Bro Nasa ada keluarkan entry mengenai Artis Malaysia. Jika anda belum membacanya lagi, sila klik SINI. Jika anda menetap di Kuala Lumpur, pasti anda pernah melihat kelibat artis Malaysia ini. Pasti ada yang berkata, 'bangga sangat ke tengok artis Malaysia ini?'. Artis Malaysia ini sama sahaja seperti manusia lain tetapi mereka lebih dikenali. Itu sahaja perbezaan kita dan artis. Baiklah, Bro Nasa akan ceritakan beberapa lagi artis yang Bro Nasa pernah jumpa.

1. Akhil Hayy
Artis ini, Bro Nasa jumpa di kedai makan. Pada mulanya memang tidak perasan langsung kelibat Akhil Hayy ini. Itu pun di tegur oleh sahabat Bro Nasa yang merupakan peminat setia Akhil Hayy ini. Beliau memang sempoi orangnya dan tidak sombong. Nampak je muka sombong tapi baik hatinya. Dahulu, Akhil Hayy ini bekas penyanyi rock di zaman 80an dahulu dan telah 'berhijrah'. pasti ramai yang tahu bukan mengenai beliau ini.

2.  Didie Alias

Jumpa beliau ini memang tak disangka semasa Bro Nasa makan nasi lemak bersebelahan di Ampang Point. Bro Nasa perasan kerana suaranya semasa order nasi lemak tersebut. Sah memang Didie Alias. Gaya macam sombong sedikit tapi bila ditegur, masih menyapa. Tak sombonglah ini. Beliau sempat bergurau sekejap walaupun beliau ketika itu nampak sibuk sangat.

3. Faizal Ismail (FBI)
Jumpa beliau ini semasa konsert Jom Heboh di Bukit Jalil dahulu. Tahun berapa itu Bro Nasa tidak ingat. Masa panggil beliau ini, beliau nampak releks sahaja. Boleh borak-borak dan bergambar. Gambar itu hilang entah ke mana. Beliau memang friendly orangnya. Walaupun sibuk masih tetap layan peminatnya. Terbaik.

Itu sahaja yang Bro Nasa ingat. Mungkin ada beberapa artis lagi yang Bro Nasa jumpa tetapi tidak ingat. Kesimpulannya, semua artis di Malaysia ini tidak sombong dengan peminatnya dan cuma ada segelintir sahaja. Siapa, tidak perlu tahu ok. Itu sahaja entry mengenai artis Malaysia ini.

No comments