Kejohanan 4 Penjuru : Darul Takzim FC VS Woodlands Wellington FC - Terowong Informasi

Breaking News

Kejohanan 4 Penjuru : Darul Takzim FC VS Woodlands Wellington FC

Darul Takzim FC meneruskan ujian persahabatan di dalam perlawanan 4 penjuru yang disertaii pasukan bola sepak dari Pahang, Johor FA, Darul Takzim FC dan kelab Singapura, Woodlands Wellington FC. Perlawanan ini merupakan perlawanan pemanas badan bagi mengharungi saingan Liga Super 2013 tahun depan semakin tidak sabar dinantikan oleh peminat bola sepak tempatan. Sebentar tadi, perlawanan pertama diantara Darul Takzim FC menentang Woodlands Wellington FC telah dimenangi oleh pasukan Darul Takzim FC dengan jaringan besar iaitu 5-1. Jaringan tersebut telah dijaringkan oleh Daniel Guiza(1 goal), Safee Sali (2 goal), Mat Yo(1 goal), Safiq Rahim(1 goal). Skuad Harimau Selatan telah membariskan bintang dalam kebelasan skuadnya pada malam ini dengan dibanjiri penonton yang dianggarkan berjumlah 15000 orang. Walaupun ianya hanya persahabatan, Skuad Harimau Selatan mempamerkan kematangan dalam permainan sebentar tadi. Harimau Selatan sudah mula tunjukkan taring dalam perlawanan persahabatan yang mereka laluinya. Diharap, persefahaman dan keserasian skuad ini akan digeruni pihak lawan. Luaskan kuasamu....

P/S : Gambar akan diupdate dari semasa ke semasa.

Sumber : Johor Fan Club

No comments