Ukiran Kreatif Pada Kulit Telur - Terowong Informasi

Breaking News

Ukiran Kreatif Pada Kulit Telur


Kulit telur biasanya tidak mempunyai apa-apa fungsi dan boleh digunapakai. Pecah sahaja telur untuk digoreng, kulitnya akan ke tong sampah jua tetapi seorang seniman yang bernama Wen Fuliang yang berasal dari China, telah membuat sesuatu yang kreatif pada kulit telur ini.

Beliau telah membuat satu ukiran pada telur yang amat kreatif dan memukaukan mata anda melihatnya. Sebelum beliau menceburui bidang ini, beliau adalah seorang pengukir kayu tetapi telah dipecat oleh majikannya.

Mungkin, dengan kebolehan mengukir pada kayu, beliau mencuba pada kulit telur pula. Kulit telur yang biasa beliau gunakan adalah telur ayam, itik dan angsa. Seni kreatif pada kulit telur yang beliau buat seolah-olah menggunakan peralatan moden seperti mesin tetapi beliau hanya menggunakan kuderat tangan sahaja.

2 comments