Noor Tagouri - Pembaca Berita Berhijab Pertama Di Amerika Syarikat - Terowong Informasi

Breaking News

Noor Tagouri - Pembaca Berita Berhijab Pertama Di Amerika Syarikat


Tidak pernah sekalipun dalam sejarah pembaca berita di televisyen ada pembaca berita memakai hijab di Amerika Syarikat. Tetapi, buat pertama kalinya di dalam sejarah kaca televisyen Amerika Syarikat, Noor Tagouri berjaya muncul di kaca televisyen ketika menyampaikan berita.

Noor Tagouri seorang hijabi yang berasal dari Maryland, Amerika Syarikat yang berusia baru 19 tahun. Beliau bertugas sebagai pembaca berita di stesyen televisyen ABC 7 News. Tahniah atas kejayaan anda mengubah penampilan anda di kaca televisyen dengan menutup aurat.

Mungkin satu hari nanti, masyarakat di Amerika Syarikat boleh menerima dengan baik atas pemakaian seperti ini. Cantik, anggun lagi bergaya. Kepada sesiapa yang ada akaun Twitter, bolehlah follow twitter beliau di https://twitter.com/NTagouri dan akaun Instagram beliau di http://instagram.com/ntagouri/. Di bawah ini adalah video beliau di Youtube :

No comments