Club World Cup 2012 : Chelsea Vs Corinthians Highlights - Terowong Informasi

Breaking News

Club World Cup 2012 : Chelsea Vs Corinthians Highlights

Perlawanan pusingan akhir di antara kelab gergasi eropah, Chelsea menentang kelab gergasi Amerika Latin, Corinthians di Club World Cup 2012 sudah ramai ketahui. Corinthians telah menjuarai kejohanan berprestij ini buat kali ke 2 dengan jaringan 1-0. Jaringan tunggal tersebut telah dijaringkan oleh Paolo Guerrero pada minit ke 67.

Ujian besar buat jurulatih sementara Chelsea, Rafa Benitez dalam mengharungi kareer beliau bersama skuad Chelsea pada musim ini. Dalam percaturan Benitez pada kejohanan ini, ramai peminat Chelsea membidas taktikal yang beliau buat pada pasukan ini. Lebih malang, pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill telah dilayangkan kad merah atas kesalahan yang beliau lakukan pada minit ke 87. Skuad Chelsea hampir menyamakan kedudukan tetapi perangkap offside memakan diri mereka pada minit saat akhir.

Adakah Benitez akan dipecat dalam masa terdekat ini? Ia mungkin kerana prestasi skuad Chelsea sekarang turun naik dan tidak stabil. Ada gosip mengatakan, Abrahamovic berminat untuk mendapatkan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Itu hanya khabar angin dan tidak pasti lagi. Mari lihat sedutan perlawanan antara Chelsea Vs Corinthians (sementara masih boleh melihat) :

1 comment

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....