Pengorek Telinga Profesional Di India - Terowong Informasi

Breaking News

Pengorek Telinga Profesional Di India


Anda jangan terkejut bahawa profession pengorek telinga ada di dunia ini tetapi ianya hanya terdapat di negera India. Mereka bekerja untuk mengorek telinga pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatannya. Walaupun nampak pelik, ia telah mendapat sambutan oleh masyarakat di sana.

Di India, pelbagai kerja yang pelik boleh dijumpa seperti profession pengorek telinga ini. Untuk mendapat duit untuk sesuap nasi, mereka sanggup buat apa sahaja walaupun kerja tersebut kotor atau menggelikan. Dengan hanya berbekal penyepit dan batang besi seperti cotton-butt, mereka boleh buat bisnes ini. Cuba anda lihat gambar bagaimana pekerja pengorek telinga ini melakukan tugas.

Mereka tiada kedai untuk membuat kerja ini malah ia dilakukan secara terbuka di tempat awam. Jadi, jika anda ke Delhi, India, jangan terkejut melihat kelibat mereka ini sedang mengorek telinga pelanggan. Jika ada di Malaysia, agak-agak ada dapat sambutan ke tidak?

No comments