Cain and Abel School Of Prophet : Sekolah Untuk Dapatkan Gelaran Nabi - Terowong Informasi

Breaking News

Cain and Abel School Of Prophet : Sekolah Untuk Dapatkan Gelaran Nabi


Nampaknya, Israel tidak henti-henti mahu melawan Islam sejak kebelakangan ini. Mereka memang membenci orang Islam dan sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita islam di Palestine. Kekejaman mereka ini tidak pernah henti sekalipun. Apa yang mereka fikir, hapuskan islam di dunia ini.

Terbaru, Israel telah mendirikan sekolah yang memberi kelulusan dengan gelaran "Nabi". Sekolah tersebut diberi nama Cain and Abel School Of Prophet. Di sekolah ini, pelajar akan diajar mengenai maksud mimpi yang dialami, jenis-jenis malaikat serta misteri roh manusia. Malah, perbezaan fikiran dan dalaman seseorang juga diajarkan kepada setiap pelajar dengan hanya melalui perbuatan dan penampilan seseorang itu. Jumlah bayaran yang dikenakan untuk memasuki sekolah itu adalah sebanyak 53 Dollar AS atau 200 shekel. Yang peliknya, peraturan dan akademik di sekolah ini amat longgar dan pelajar bebas melakukan apa sahaja seperti main gitar, merokok atau sebagainya.

Salah seorang guru di sekolah Israel itu, Shmuel Haparty mempercayai Messias (Nabi Isa) sudah datang dan sekolah itu perlu memberikan nabi baru kepada dunia moden mereka. Pun begitu, pendidik-pendidik sekolah ‘Cain and Abel School for Prophet’ ini, tidak menjanjikan setiap ‘nabi’ mereka dapat berinteraksi secara terus dengan Tuhan mereka. Apa nak jadilah si Yahudi ini, ada sahaja perbuatan lahanat mereka ini.

Sumber : MyNewshub

No comments