MAMA - Filem Paling Seram 2013 Wajib Ditonton - Terowong Informasi

Breaking News

MAMA - Filem Paling Seram 2013 Wajib Ditonton


Anda peminat filem seram dan suspen? Bro Nasa rasa, anda patut menonton filem ini yang bertajuk MAMA. Filem ini telah diarahkan oleh Andres Muschietti yang berasal dari Sepanyol. Filem ini pada pendapat Bro Nasa, ia adalah yang paling seram. Baru sahaja menonton trailernya, sudah rasa filem ini mempunyai aura seram.

Pelakon filem ini dibintangi oleh Jessica ChastainNikolaj Coster WaldauDaniel KashMegan CharpentierIsabelle NélisseJulia ChantreyJavier BotetSydney CrossMorgan McGarry,Jayden GreigCadence SchusterPamela Farrauto,Tyler Curnew

Filem ini akan ditayangkan pada 17 Januari 2013 nanti. Filem ini mengisahkan dua kanak-kanak yang hilang di dalam hutan pada hari ibu bapa mereka terbunuh. Selang beberapa tahun, ada orang datang menyelamatkan kanak-kanak ini dari tinggal di rumah yang terbiar ini dan ada satu keluarga mahu menjadikan beliau anak angkat. 

Bermula pada itu, banyak perkara pelik berlaku ke atas keluarga angkat. Apa yang jadi selepas itu, anda perlu saksikan filem ini di pawagam. Sebelum mengakhiri artikel ini, mari lihat trailer filem ini terlebih dahulu :

No comments