Pasal Bola Pun Nak Gaduh - Terowong Informasi

Breaking News

Pasal Bola Pun Nak Gaduh

Semalam, pertembungan Clash Of The Titan dalam saingan Liga Super Malaysia di antara Kelantan VS Darul Takzim FC. Ia merupakan cerita paling panas sekali. Sebelum ini, belum pernah lagi liga Malaysia ada cerita panas macam pisang goreng yang baru di masak.

Kita semua tahu kesudahan perlawanan tumpuan ini di mana, kedua-dua pasukan terikat 1-1. Selepas perlawanan, pastinya di facebook anda akan dipenuhi cerita panas mengenai kedua pasukan. Ada yang tidak puas hati ini dan itu malah ada yang sampai ke memaki-maki. Perlu ke dalam dunia sukan ada caci maki. Lihat pemain bola sepak, diorang main dan bila kalah, ada mereka memaki-maki antara satu sama lain?

kecoh di keratan akhbar hari ini

Bro Nasa hairanlah kenapa peminat fanatik bola sepak tidak ada langsung sikap Profesional dalam diri mereka terhadap pasukan lain. Bola sepak hanya untuk hiburan kita di atas padang. Bukan mati pun jika pasukan anda itu kalah.

Kadang-kadang letih nak membebel dalam facebook mengenai permusuhan dalam dunia bola sepak. Tiada faedah langsung. Belum tentu pasukan itu pernah juara banyak kali, mereka akan tetap berada di atas sahaja. Pasti pasukan kerdil juga mahu menjadi seperti pasukan kuat lain dan perlu berbelanja besar sedikit untuk memantapkan skuad mereka. Diharap semua penyokong-penyokong menghormati pasukan lain. Anda tidak dapat apa kalau mahu bertelagah antara satu sama lain. Sakit hati sahaja yang anda dapat. BE PROFESIONAL OK!!!

No comments