Sejarah Johor Military Force
Johor Military Force atau dalam bahasa melayunya, Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim, Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain Queen Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.
Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1885 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai sejarah Askar timbalan ini. Hanya orang Johor sahaja mengenai kewujudan askar timbalan di Johor. Ia tidak sama seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk matluman anda. Askar timbalan ini adalah penjaga setia kepada kesultanan Johor. Di mana sultan pergi, mereka akan jaga keselamatan Sultan serta anak-anaknya.
Sumber : Wikipedia
No comments
Post a Comment