Al Azhar Memorial Garden : Tanah Perkuburan Islam Mewah Di Indonesia - Terowong Informasi

Breaking News

Al Azhar Memorial Garden : Tanah Perkuburan Islam Mewah Di Indonesia

Terdapat satu tanah perkuburan islam mewah telah diwujudkan di Indonesia. Di sana, golongan kaya semakin hari semakin banyak dan kita juga tahu bahawa Indonesia mempunyai penganut Islam terbesar dunia. Tanah perkuburan mewah selalunya terhad kepada yang beragama Buddha dan Kristian sahaja.
Tanah perkuburan ini seluas 25 hektar dan mempunyai 5000 lot kubur. 

Lot kubur dijual secara individu, pasangan, berempat atau makam besar untuk sekeluarga. Bayaran pemakaman bermula dari 25 Juta Rupiah (RM 7970) untuk lot persendirian dan meningkat sehingga 8 Billion Rupiah (RM 2.5 Juta) untuk makam sekeluarga. Jika pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan milik kerajaan anda perlu membayar RP 6 (RM 1900) Juta tetapi terdapat sewa bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan. 



Tiada bayaran bulanan atau sewa tahunan dikenakan di Al Azhar. Pihak Al Azhar akan menguruskan jenazah pelanggan dan menyediakan segala keperluan untuk ahli keluarga pada hari pengkebumian. Disamping itu khidmat keselamatan 24 jam juga disediakan. Pada pendapat anda, adakah orang kaya di Malaysia akan buat project seperti ini? Cuba komen sedikit. Sebelum itu, mari tengok ringkasan video di bawah ini mengenai Al Azhar Memorial Garden.

1 comment

mamyharraz said...

tandanya akhir zaman..
bg sy cukuplah bernisan batu sungai..dan jenazah sy disemadikan cara islam.