Waze : Aplikasi Navigasi GPS Terbaik Di Smartphone - Terowong Informasi

Breaking News

Waze : Aplikasi Navigasi GPS Terbaik Di Smartphone

Navigasi GPS merupakan gadget yang wajib ada di kenderaan atau di smartphone anda sekarang. Navigasi GPS ini berfungsi sebagai pemandu arah untuk ke sesuatu tempat. Anda sudah pasti kenal dengan jenama Garmin, Sygic, PapaGo X5 dan lain-lain lagi sebagai peranti penunjuk arah anda. Jenama yang Bro Nasa senaraikan tadi semua telah dicuba dan pada pendapat Bro Nasa, hanya 3 bintang sahaja yang Bro Nasa berikan.

Terdapat satu navigasi baru yang terbaik yang Bro Nasa gunakan sekarang ini malah ianya percuma. Ia tiada kategori lite, premium atau sebagainya yang boleh membebankan pengguna yang tidak berkemampuan. Aplikasi Waze adalah navigasi GPS yang Bro Nasa maksudkan itu. Aplikasi ini amat mudah diselenggarakan dan data yang diberi amat tepat. Bro Nasa boleh berikan 4 1/2 bintang!


Dengan menggunakan navigasi ini, anda dapat mengetahui aliran traffik terkini yang diupdate oleh pengguna waze malah anda juga boleh update sendiri. Dengan penggunaan waze ini, smartphone anda mestilah mempunyai sistem GPS didalamnya dan data internet untuk mendapatkan data perjalanan anda. Bukan setakat traffik sahaja yang anda boleh tahu, malah, roadblock, polis, jalan tengah diselenggarakan, kemalangan, stesen pam minyak, kelajuan traffik ketika itu dan macam-macam lagi.



Sistem navigasi ini juga dapat membantu anda sebenarnya. Lihat icon-icon pada gambar diatas ini, ia sebenarnya mewakili nama pengguna waze tersebut. Anda boleh lihat siapa pada icon tersebut malah boleh berchatting kepada beliau. Icon tersebut sebenarnya mewakili point yang mereka dapat semasa menggunakan waze ini. lagi kerap anda hantar informasi traffik, makin banyak point anda. Kegunaan point tersebut, Bro Nasa tidak pasti lagi apa bendanya itu.


Dengan wujudnya icon ini, ia memudahkan rakan anda menjejaki anda jika anda sedang mengalami masalah seperti kereta rosak dikawasan yang anda tidak ketahui. Buka aplikasi ini dan rakan anda boleh menjejaki anda dengan icon tersebut. Hebatkan aplikasi ini walaupun memerlukan data internet. Data internet bukan mahal pun. Jika pakai prepaid, ambil plan data internet sehari RM2 sahaja sudah memadai. Jika anda berminat dengan navigasi ini, bolehlah anda download di Google Play atau di link di bawah ini. Semoga perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.

Link Download :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.waze&hl=en

4 comments

roha said...

bagus tu mmg bagus...tapi aku pernah terkena ada orang tipu location...mmg hampas sapa yang buat

parvina said...

I love your article. You can visit my website.
browsec vpn for android

Danny Danials said...

Have you tried this new app The Dark Knight Rises Mod Apk : this is really great.

Nawazz said...

Hi This is SRK i'm suggesting you this is app Advanced Manager Apk