GM Klang - Gedung Pemborong Paling Menarik Di Selangor - Terowong Informasi

Breaking News

GM Klang - Gedung Pemborong Paling Menarik Di Selangor

Siapa di sini pernah ke GM Klang, Selangor? Pasti warga Kuala Lumpur dan Selangor pernah ke lokasi ini. GM Klang ini adalah pusat pemborong pelbagai barangan. Sebut sahaja apa dia, kain, baju, pakaian kanak-kanak dan macam-macam lagi ada dijual di sini. Walaupun ia jauh nun di sana, ia still tempat menarik untuk dikunjungi.

Kedai Tudung di GM Klang, Selangor

Kepada sesiapa yang ingin membuat bisnes online ke apa ke, di sinilah lokasi untuk anda mendapatkan barangan dengan harga yang cukup murah. Banyak bro dah survey tempat pemborong seperti Kenanga Wholesale, Kuala Lumpur, ia tidak menarik seperti di GM Klang.

Inilah keadaan Kenanga Wholesale, Kuala Lumpur

Kenanga Wholesale ini tinggi sahaja lebih. 10 Tingkat tau tetapi cara susunan, agak berterabur sedikit. Susunan yang Bro maksudkan adalah jenis kedai. Sepatutnya satu level, kalau ia pakaian kanak-kanak, ia patutnya semua sama tetapi ada selit yang bukan pakaian kanak-kanak. Itu di Kenanga Wholesale, Kuala Lumpur lah ye. Kalau nak minta harga kurang sedikit, agak susah dan pilihan pun tidak banyak berbanding GM Klang.

Salah satu kedai di GM Klang, Selangor

Jika anda ke GM Klang, kedai-kedai di sini nampak seperti kedai pemborong. Dengan barang berlambak dan susun ala kadar menampakkan ia memang kedai pemborong. Anda boleh tawar menawar di sini tetapi jika mahu lebih murah, anda kenalah beli dengan kuantiti yang banyak. Kalau setakat beli satu sahaja, ia sama sahaja harga seperti di luar sana. So, nak dekat Hari Raya ini, bolehlah anda ke lokasi ini untuk membeli persiapan raya dengan harga yang murah. Boleh berjimat sedikit. Bijak membeli bijak membelanja.

Lokasi dan Alamat :

GM Klang Marketing Office

A-4-155, 4th Floor, Block A,
GM Klang Wholesale City,
Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital,
41200 Klang, Selangor,
Malaysia
Tel:+603-33251788
Fax:+603-33251808
Emailgmkbiz@tsigm.com

Waktu Operasi : 10am - 7 pm (Isnin - Ahad)

4 comments

Anonymous said...

Saya amat berharap awak teruskan menulis .

.. idea awak memang best...

Feel free to surf to my weblog Zalora Kupon

Unknown said...

Boleh tak pakaian disini di beli secara online

zz said...

salam..
Gaya penulisan ko untuk entry ni amat baik. Suka cara ko.. skill SEO pun bertambah baik.. keep it up bro..

Terowong Informasi said...

terima kasih ZZ kerana memberi komen yang membina..