Kisah Sebenar Kanak-Kanak Mati Dalam Kereta - Terowong Informasi

Breaking News

Kisah Sebenar Kanak-Kanak Mati Dalam Kereta

Sebelum ini, kite telah digemparkan kes kematian kanak-kanak yang berusia 4 tahun di dalam kereta. Bro telah menjumpai cerita sebenar yang telah diceritakan oleh ibu mangsa. Mari kita baca dan nilaikannya sendiri :

" Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua…Jgn tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti. (kelmarin).


Sumber 

10 comments

Fiza Rahman said...

Al-fatihah buat bidadari syurga. Semoga parents ini tabah. Tapi kesian dkt si ibu sbb ramai yg menghentam. Siapalah kita untuk menghukum. Hanya DIA yg maha mengetahui.

Terowong Informasi said...

Btl tu Fiza Rahman

QalamQabut said...

Al-fatihah buat bidadari syurga. Aku sedih sangat. Dapat bayangkan betapa siksanya jiwa ibu yang menderita itu. Semoga semua ibu bapa berhati2 agar kejadian sebegini tidak berulang lagi

Terowong Informasi said...

mana-mana ibu bapa pasti akan sedih jika terkena kejadian mcm ini. So, semua ibu bapa perlu alert sedikit dgn anak2 ye

syiela said...

Al-Fatihah buat bidadari syurga ni.. moga keluarganya kuat dan tabah menempuhi hari2 mendatang.. lagi2 si ibu

JunAina said...

Semoga Allah tabahkan hati si ibu, mungkin dia akan salahkan diri sendiri sampai bila2 tapi itulah kehendak Allah.

kak gojes said...

alfatihah buat arwah si kecil..

Unknown said...

betul dah ditakdirkan..siapa2 pun boleh buat kesilapan. Cuma dia telah dipilih, kesilapan yang dia lakukan sebenarnya teguran untuk kita semua agar lebih prihatin dan berwaspada. semoga siibu tabah..Insyallah si comel lebih bahgia disana...

Kakzakie Purvit said...

Apa pun semua sudah Allah tulis di Loh Mahfuz. Kalau kita yg tak kenal pun tersedu apa lagi keluarga mereka

Terowong Informasi said...

Semua pendapat di atas semuanya betul. Apa yang kita boleh katakan, jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar buat semua..