Gemuk Punca Sakit Lutut Secara Tiba-Tiba - Terowong Informasi

Breaking News

Gemuk Punca Sakit Lutut Secara Tiba-Tiba

Anda pernah mengalami sakit lutut secara tiba-tiba? Jika pernah, anda perlu berwaspada bahawa kemungkinan anda ada beberapa simptom masalah osteoartritis lutut. Ia merupakan gejala penyakit pada golongan muda sekarang.
Osteoartritis merupakan radang sendi, apabila kusyen semulajadi antara lutut dan sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus. Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu. Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak.

Untuk pengetahuan anda, Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut. Mungkin apa yang bro rasakan selama ini, berat badan punca segalanya. Lepas ini, bro kena ikuti amalan Diet Atkins. Apa diet Atkins? Nanti bro akan kongsikan bersama anda semua. 

No comments