Kami Hanya Beromen - Terowong Informasi

Breaking News

Kami Hanya Beromen


Apa punya tajuklah wartawan harian Metro ini bagi? Tajuk sahaja sudah gempak yang kononnya boleh melariskan akhbar. Keratan akhbar ini adalah keratan akhbar untuk 30hb April 2014 (Rabu). Pada pandangan Bro, tajuk seperti ini tidak perlu dikeluarkan kerana terdapat faktor iaitu :


Kanak-Kanak

Anda pasti tahu, setiap akhbar tempatan akan diedarkan ke seluruh Malaysia seperti di kedai runcit, pejabat kerajaan dan swasta malah ada juga di setiap sekolah-sekolah. Pelajar di sekolah pasti ada membaca akhbar tersebut semasa waktu rehat. Jika mereka paham apakah maksud beromen tersebut, tidak ada masalah tetapi jika budak darjah satu bertanyakan anda, apa itu beromen? Anda mahu jawab? Pasti tidak bukan. Wartawan perlu peka terhadap persekitaran sebelum edar kepada orang awam. Jika tidak, rosaklah bangsa kita nanti.

Itulah yang Bro tidak puas hati terhadap tajuk yang diberikan. Perkara ini bukan sekali dua pernah dikeluarkan, malah banyak kali bro lihat sehinggakan ada melebalkan Harian Metro adalah "Akhbar Lucah". Akhbar sepatutnya memberi pengajaran bukannya merosakkan minda pembaca. Diharap, wartawan di Malaysia prihatin terhadap perkara ini.

 

2 comments

Anonymous said...

Biasalah.. mereka hanya memikirkan keuntungan semata.. bhehehe...tak fikir pasal benda lain... cash membuatkan mereka buta akal ( ada eh buta akal?)dan pekak pendengaran seketika...

Terowong Informasi said...

mmg pekak kot diorg ni..hehe