PEMAKANAN GAYA HIDUP SIHAT
Artikel ini adalah artikel untuk GiveAway yang di buat oleh blogger Nazif Hakim yang bertemakan Pemakanan Gaya Hidup Sihat. Ia satu tajuk yang kena dengan Bro Nasa sedang cuba lakukan sekarang ini. Pemakanan yang Bro Amalkan ini pasti akan mengejutkan ramai pembaca kerana bro ikuti gaya Amalan Diet Atkins. Diet pemakanan Atkins ini mementing pengurangan Kaborhidrat dalam pemakanan. Sekurang-kurangnya, kaborhidrat boleh diambil dalam 1 hari adalah 0.20gram sahaja. Pasti susah bukan? Mari tengok apakah menu pemakanan Bro 1 hari :
Sarapan Pagi :
Telur separuh masak adalah sarapan pagi bro nasa setiap hari sebelum pergi ke tempat kerja. Selalunya bro ambil 2 biji setiap pagi. Untuk pengetahuan anda, kaborhidrat dalam telur adalah sedikit berbanding anda memakan nasi lemak setiap pagi. So, telur adalah yang terbaik untuk badan kita.
Makan Tengahari
Makanan tengahari Bro memang simple sangat iaitu sayur-sayuran dan lauk sampingan lain. Nasi tidak boleh ambil kerana kaborhidratnya amat tinggi tetapi kalau teringin juga, makan secubit nasi aje untuk setakat merasa. Untuk minuman pula, air kosong atau ais kosong sahaja. Air bergula, no more.
Makan Petang / Malam
Ha, kat atas tu, bro buat sendiri tau. Kambing Grill ala terowong informasi. Apa yang bro blurkan itu adalah kentang goreng tapi bro tidak makan lagi kentang goreng itu. kentang goreng mempunyai kaborhidrat yang tinggi jugak. Setakat kambing Grill 2 keping dan sayur brokoli sahaja untuk hidangan untuk makan malam. kalau kambing Grill habis stock, daging burger sahaja digrill untuk santapan malam.
Minuman Wajib
Minuman paling sedap di dunia iaitu air mineral ataupun air suam. Dalam badan kita memang memerlukan air yang banyak untuk mengelakkan hidrasi. So, ini adalah yang terbaik.
Harapan bro, dapat kurangkan berat badan sebelum raya ni. Harap-harap menjadilah yer...Untuk GiveAway ni, harap menang ler..heheh
3 comments
waaa gud luck... tapi rasanya kalau sy ikut cara awak ni.. comfirm tak dapat tido.. perut begendang tak nak henti...takde nasi... bhaha
hahah..nak buat mcm mane..kena huat jugak..hahah
Terima kasih kerana sudi join, nanti pengumuman sapa menang bila-bila masa dari sekarang :-)
Post a Comment