Pertunjukan Fesyen Pakaian Dalam Di MidValley Megamall
Bikin kecoh mengenai satu event di MidValley Megamall pada baru-baru ini di mana pertunjukan fesyen pakaian dalam dilakukan di dalam shopping kompleks tersebut secara terbuka. Ribuan pengunjung dapat melihat dengan jelas dan tanpa sebarang halangan. Ia pasti mengejutkan bagi masyarakat terutamanya di luar lembah klang.
Pertunjukan seperti ini memang sukar dilihat di Malaysia kerana mempunyai undang-undang sedia ada tetapi undang-undang ini sudah dicabar malah dilanggari dengan begitu sahaja. Dimana pihak berkuasa ketika itu? Mustahil di dalam shopping kompleks MidValley Megamall tiada pihak berkuasa bertugas di situ untuk mengawasi sesuatu acara.
Dari sumber maklumat yang bro dapat, tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’ yang dianjurkan oleh syarikat pakaian dalam wanita. Pada pandangan anda, wajarkan pertunjukan Pakaian Dalam Wanita ini dilakukan di kawasan terbuka? Bagi pendapat peribadi bro, bro tidak setuju kerana ia tidak sopan dan kurang sesuai di Malaysia.
3 comments
sama sekali tak setuju sbb Malaysia sebuah negara Islam.....
bro stuju dgn komen di atas...
sy sama sekali tak setuju.. Malaysia adalah salah satu negara Islam..
Lagipun masyarakat negara ini dikategorikan sbg masyarakat yg penuh dgn adab kesopanan.. negara luar pun tahu rakyat negara ini penuh dgn adab sopan santunnya..
Mane blh biarkan perkara seumpama ini berleluasa..
Kalau tak dibendung, ianya akan jd satu trend pulak nanti..
Post a Comment