Segmen Intai-Intai : Butik MyKidz Sleepwear - Terowong Informasi

Breaking News

Segmen Intai-Intai : Butik MyKidz Sleepwear

terowonginformasi.com

Segmen Intai-Intai ini adalah satu segmen baru di blog terowong informasi. Ia memaparkan lokasi yang menarik yang anda boleh kunjungi atas pilihan Bro Nasa. Pada baru-baru ini, Bro Nasa berkesempatan mengunjungi satu Butik pakaian kanak-kanak di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor baru-baru ini. Ia berdekatan dengan Hello Kitty Land.

MyKidz Sleepwear
MyKidz Sleepwear

MyKidz Sleepware menjual pelbagai jenis pakaian tidur khas untuk kanak-kanak. Pelbagai rekaan boleh didapati disini dengan harga yang cukup istimewa. Rekaan corak di MyKidz Sleepwear ini memang comel-comel belaka. Lihatlah beberapa gambar yang Bro Nasa sempat ambil. Menarik bukan?

MyKidz Sleepwear

Mengenai kualiti pakaian yang di jual di sini, Bro Nasa memang puas hati kerana ia adalah 100% Cotton. Kain tidak panas bila di pakai walaupun di cuaca panas. Kainnya juga tidak mudah kembang seperti mana kita membeli di pasaraya besar.

MyKidz Sleepwear
MyKidz Sleepwear

Layanan pekerja sini memang ramah dengan pelanggan. Anda tidak perlu takut bertanyakan sesuatu mengenai pakaian yang dijual di sini. Mereka sedia membantu anda. Semasa mengunjungi Butik pakaian ini, Bro sempat membeli beberapa helai baju untuk anak Bro. Pekerja ini ada memberitahu bahawa terdapat 1 lagi cawangan di Jusco Kulaijaya, Johor. Jadi ia memudahkan pengunjung sama ada mahu ke Jusco Kulaijaya ataupun ke Puteri Harbour untuk mendapatkan pakaian tidur ini.

MyKidz Sleepwear

Jika berkesempatan lagi ke Johor, sudah pastinya Bro akan ke sini lagi untuk mendapatkan pakaian tidur untuk anak-anak. Jika anda mahu mencadangkan lokasi terbaik atau mempromosi perniagaan anda kepada Bro Nasa, bolehlah email ke akubencihackers@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Alamat Premis Perniagaan :

Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim, Malaysia


Operasi Perniagaan : 10.00am - 7.00pm ( Setiap Hari).

1 comment

NURUL FILZAH said...

wahhh cantik-ccantik