Pengalaman Penggunaan Figure Up - Terowong Informasi

Breaking News

Pengalaman Penggunaan Figure Up

Figure Up

Ubat pelangsingan, Figure Up pernah menjadi hits pada tahun lepas kerana ianya murah dan berkesan. Bro sendiri pernah menggunakan ubat ini tetapi ia bukan mendatangkan kesan yang baik tetapi merbahaya. Bro akan berkongsi cerita dengan anda mengenai pengalaman bro dalam pengunaan ubat pelangsingan ini.

Figure Up

Ia bermula pada awal tahun lepas dimana Bro terbaca satu page di Facebook yang menawarkan ubat pelangsingan yang murah dan berkesan. Page tersebut siap memberi testimonial kepada pengguna dengan penggunaan ubat Figure Up ini. Ia pasti menambat hati sesiapa apabila melihat tawaran ini. Bro mendapat tawaran RM100 untuk dua botol Figure Up yang boleh bertahan 2 bulan. Penggunaan Figure Up hanya 1 biji sehari yang disyorkan.
Figure Up

Dalam masa 1 bulan pengunaan, memang benar, berat badan turun secara mendadak tetapi terdapat kesan yang bro terima antaranya adalah, sakit pinggang secara tiba-tiba dan tekak rasa terlalu kering apabila tidak minum air secara kerap. Ia memang realiti apa yang Bro rasakan ini. Paling tidak tahan, rasa pinggang sakit. Itulah yang membuatkan bro berhenti memakannya. Selepas bro tidak memakannya lagi, rasa sakit pinggang tersebut, hilang. Ia normal seperti biasa. Bro cuba selidik di internet, tiada maklumbalas dari pengguna akibat penggunaan Figure Up ini.

Figure Up

Baru-baru ini, dalam keratan akhbar ada menyatakan ubat pelangsingan Figure Up mempunyai Sibutramine. Ia adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Apa yang meragukan lagi, syarikat yang tertera pada label produk iaitu Biospecialty Food Trading telah menggunakan alamat palsu dan tidak dilesenkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kesimpulannya, jika kita mahu membeli produk pelangsingan, kita perlukan memastikan ubat tersebut mempunyai pengesahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu. Jika agen tersebut memberi alasan produk tersebut masih dalam proses pengesahan KKM, lebih baik jangan guna dahulu kerana ia boleh mengancam nyawa anda sendiri. Jangan fikir murah, fikirlah nyawa anda. Kita hidup di dunia ini hanyalah sekali. Bukan dua kali..

No comments