Sifat Kemanusiaan Yang Perlu Kita Tanamkan - Terowong Informasi

Breaking News

Sifat Kemanusiaan Yang Perlu Kita Tanamkan


Jika kita berada di atas jalan raya atau lebuh raya, adakah kita ini seorang pemandu berhemah dan bertimbang rasa antara pengguna jalan raya yang lain? Adakah kita mempunyai ciri-ciri kemanusiaan apabila ternampak sesuatu dihadapan yang memerlukan pertolongan? Pasti ada segelintar pemandu acuh tak acuh mengenai perkara ini. Mentaliti segelintir pemandu di Malaysia, masih belum cukup memuaskan lagi. Cuba anda lihat video di bawah ini seketika. Melihat beberapa rakaman manusia yang berjiwa mulia ini yang perlu kita contohi :

 

Ia cukup menyentuh hati apabila melihat video ini sehingga habis. Apa sahaja dihadapan mereka yang memerlukan pertolongan, mereka ringan tangan membantunya walaupun tidak kenal siapakah mereka ini. Kita hidup di dunia ini perlulah tolong-menolong antara satu sama lain. Perasaan ego itu, perlulah kita buang jauh.


Teringat masa Bro membantu seorang pemandu di Bandar Kinrara baru-baru ini di mana bro melihat tayar belakang kereta pemandu tersebut kempis. Mungkin pemandu itu tidak perasan, bro yang membawa motor ini memecut dan cuba merapat dengan kereta terbabit lalu memberi isyarat tayar belakang beliau mengalami kebocoran. Pemandu tersebut menunjukkan isyarat bagus, lalu beliau berhenti di tepi. Bukan apa, mana tahu satu hari nanti kita mengalami perkara yang sama, ada orang yang akan tolong kita nanti. Kita buat baik dengan orang, pasti kita akan mendapat balasan baik. Insyaallah..

No comments