Khasiat Tersembunyi Jus Lemon - Terowong Informasi

Breaking News

Khasiat Tersembunyi Jus Lemon


Air Lemon



Buah Lemon mempunyai pelbagai khasiat yang kita kurang tahu. Walaupun ia masam tetapi khasiatnya amat tinggi untuk kesihatan manusia. Buah Lemon mengandungi magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B & C. Ia banyak digunakan dalam perubatan, makanan dan juga produk kecantikan. Selain dari itu, ia digunakan untuk membersihkan mulut, membantu pencernaan dan menghilangkan sembelit dan beberapa penyakit lain. Jom teruskan membaca apakah khasiat tersembunyi pada jus lemon ini :


Baik Untuk Perut

Lemon boleh membantu dan melegakan mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah bukan?

Pencegah Nafas Berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk neutralkan semula bau nafas dan mulut anda. Bro sendiri amalkan mengunyah lemon selepas makan dan ternyata bau mulut tiada.

Ubat Jerawat

Jangan terkejut lemon boleh dijadikan ubat untuk jerawat. Caranya, anda perlu campurkan jus lemon dengan sedikit air suam dan madu asli, kemudian sapukan pada kawasan yang berkenaan. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan bersih.

Ubat Demam

Air perahan lemon boleh meningkatkan jumlah pengeluaran peluh dari dalam badan. Ini merupakan langkah alternatif untuk mengubati demam. Apa yang anda perlu lakukan ialah perah sebiji lemon dan campurkan dengan air suam dan madu dan minum untuk dua kali sehari sehingga demam berkurangan.

Sumber yang telah disunting : http://www.wanista.com/

2 comments

Anonymous said...

Masa preggy pun...klu mual2 elok minum

Terowong Informasi said...

oh ye ke..tp mmg banyak khasiatkan