Kisah Sebenar Jirat Cina Mengeluarkan Air Lumpur Dan Api - Terowong Informasi

Breaking News

Kisah Sebenar Jirat Cina Mengeluarkan Air Lumpur Dan Api


Viral


Cerita mengenai jirat cina yang mengeluarkan air lumpur dan api yang dikatakan di Batu Pahat, Johor ini adalah cerita bohong belaka. Video durasi 23 saat ini menunjukkan air lumpur berkocak dan mengeluarkan api menjadi bahan cerita di laman sosial iaitu Facebook.



viral di laman sosial kubur cina terbakar sumber mgatakan di johor ada sape2 yg tahu ?
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, April 19, 2015

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor. Fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

Taiwan


Dalam kes seperti ini ada juga yang cuba membuat spekulasi seperti tanda peringatan kpd umat islam di negara ini dan johor khususnya sedangkan kejadian ini berlaku di negara luar.

Fitnah


Diharap, pengguna di luar sana menamatkan spekulasi mengarut di laman sosial kerana ia boleh mendatangkan negetif terhadap masyarakat negara ini. Segala informasi dan berita perlu kita selidik untuk mengelakkan ianya berita fitnat.

Kredit Video : Taotauajer

No comments