Restoran Kampung Baiduri : Menu Nasi Kandar Terbaik Di Petaling Jaya - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran Kampung Baiduri : Menu Nasi Kandar Terbaik Di Petaling Jaya


Nasi Kandar


Baru-baru ini, Bro ada pergi ke satu restoran yang agak popular di Petaling Jaya, Selangor ini. Lokasi restoran ini jauh dari kesibukan harian warga Petaling Jaya. Restoran Kampung Baiduri merupakan restoran nasi kandar terbaik untuk dikunjungi. Pertama kali bro ke sini atas ajakkan rakan sekerja untuk makan tengah hari.

Nasi Kandar


Apa yang bro boleh lihat pada restoran ini, ia sama sahaja dengan restoran nasi kandar yang lain tetapi keenakkan nasi kandar di sini memang berbeza. Jika anda datang pada waktu tengah hari, memang ramai orang dan anda perlu beratur sampai ke luar kedai. Pada hari itu, Bro mencuba nasi kandar berlaukan kari kambing dan arca timun sahaja tetapi rakan sekerja Bro iaitu pakcik Selamat ada memesan Kari kepala Ikan merah untuk dikongsikan bersama. Pergh... kari kepala ikan ini memang terbaik dan terdapat rasa pedas sedikit pada kari tersebut sehinggakan peluh anda tiba-tiba keluar. Jika anda sukakan pedas, bolehlah mencuba menu kari kepala ikan ini.


Kari Kepala Ikan Baiduri


Selain menu kari kepala ikan, terdapat juga menu lain seperti ayam goreng, kari ketam, kari kambing atau daging, telur ikan dan macam-macam lagi. Tempat makan anda boleh pilih sama ada mahu duduk di dalam bilik yang ada aircond dan terdapat juga kawasan terbuka. Harga disini boleh dikatakan amat berpatutan. Bayangkan Bro makan bersama 8 rakan yang lain, kesemuanya berharga RM170.00 termasuk kari kepala ikan dan minuman yang ditempah. Lauk pada setiap orang lain-lain. Ada yang ambil ayam goreng, dan nasi beriyani. Difahamkan, ada juga mengatakan Perdana Menteri Malaysia ada pernah makan di sini. Jadi, kepada sesiapa yang bekerja di sekitar Petaling Jaya, bolehlah mencuba nasi kanda di sini. Bro janji, ia sangat berpuas hati.


Alamat Restoran :

Restoran Kampung Baiduri 
1 Jalan 235A/51A 
46100 Petaling Jaya 
Selangor 
Tel No : 03 – 7875 3855

No comments