Kelantan Terkulai Di Bukit Jalil - Terowong Informasi

Breaking News

Kelantan Terkulai Di Bukit Jalil


LionXII


Perlawanan Akhir Piala FA, Kelantan menentang LionXII sudah munutup tirai untuk musim 2015. Kejuaraan Piala FA ini dimenangi oleh LionXII dengan jaringan 3-1 dan akan membawa piala tersebut ke seberang tambak Johor. Aksi longlai pasukan kelantan ternyata nampak pada bahagian pertahanan dan banyak pada kesilapan sendiri ketika hantaran dibuat.

LionXii


Perlawanan pada malam ini cukup menghiburkan atas corak permainan yang saling menyerang tetapi corak permainan anak buah Fandi Ahmad menjadi pada malam ini. Pada permulaan perlawanan, LionXII telah berjaya membolosi benteng pertahanan dengan hasil jaring Muhd Faris Ramli pada minit ke 6 perlawanan. Jaringan tunggal Kelantan dijaringkan oleh Wan Zack Haikal pada minit ke 62. Serangan demi serangan membuatkan pasukan LionXII berjaya menambah goal pada minit ke 81 dan satu jaringan penalti.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dihadiri lingkungan 70 000 orang dan stadium ini telah menggunakan rumput baru jenis 'cow grass'. Pada perlawanan ini, kelihat juga kualiti padang amat baik berbanding sebelum ini. Apa pun, tahniah kepada pasukan LionXII kerana berjaya merangkul juara Piala FA buat kali pertama. Tahniah!

No comments