Siaran Saluran Digital Malaysia Bermula Jun Ini - Terowong Informasi

Breaking News

Siaran Saluran Digital Malaysia Bermula Jun Ini




Dijangka pada bulan Jun 2015 ini, siaran saluran Digital di Malaysia akan dinikmati oleh semua penduduk luar bandar dan juga semua negeri di Malaysia. Sebelum ini, siaran saluran di Malaysia hanya menggunakan Standard Definition (SD) dan juga menggunakan sistem analog.

Jika ada sesetengah orang menggunakan sistem televisyen berbayar ASTRO, anda dapat menikmati siaran berkualiti HD tetapi saluran tersebut adalah saluran dari luar negara dan ianya terhad. Jika kita buka siaran seperti TV1 atau TV3, kualiti gambar sangat menghampakan kerana kualiti gambar tersebut masih pada tahap SD ketika ini. Selepas ini, semua siaran Malaysia akan menjadi siaran berkualiti HD tetapi anda perlu menukar televisyen yang menyokong format HD dan mempunyai piawaian DVB-T2.

Apa yang menariknya saluran Digital Malaysia ini, anda sebagai pengguna boleh memilih jenis sari kata yang ingin dipaparkan berdasarkan bahasa, selain siaran berkenaan juga bakal membolehkan pengguna menikmati lebih banyak saluran berbanding penggunaan analog sebelum ini. Kerajaan juga dijangka akan mengedarkan sejumlah set-top-box untuk para pengguna tempatan yang terpilih untuk menghubungkan ia kepada televisyen sedia ada dan menikmati siaran digital ini. Siaran pertama berasaskan kepada digital ini dijangka bermula Jun 2015 ini.

No comments