Langkah Keselamatan Sebelum Pulang Ke Kampung - Terowong Informasi

Breaking News

Langkah Keselamatan Sebelum Pulang Ke Kampung


Balik Kampung

Bila menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang akan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Sebelum pulang ke kampung halaman, anda perlu lakukan sesuatu yang amat penting iaitu langkah keselamatan.

Langkah keselamatan ini melibatkan semua aspek iaitu keselamatan rumah, keselamatan kenderaan dan pelbagai lagi. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana ia menjadi elemen besar sebelum kita pulang ke kampung. Jom teruskan membaca apakah langkah keselamatan yang perlu ambil tahu :

Keselamatan Rumah

Keselamatan Rumah


  • Pastikan anda memeriksa sistem gas memasak di dapur sudah dimatikan.
  • Semua plug dan sistem elektrik yang tidak digunakan sudah dimatikan suis termasuk air cond, water heater, dll.
  • Hidupkan satu lampu di dalam rumah dan satu lampu di luar rumah bagi mengelakan pencuri memasuki rumah kita.
  • Pintu dan grill sudah di kunci dan di mangga yang keadaan baik
  • Barang kemas, duit dan segala benda berharga disimpan di tempat selamat.
Keselamatan Kenderaan

Servis Kenderaan

  • Pastikan kereta anda sudah di servis dengan keadaan baik.
  • Periksa segala benda cecair di dalam enjin seperti coolant water, air wiper, dll.
  • Periksa tayar kenderaan dan keadaan baik termasuklah tayar spare.
  • Pastikan lampu brek belakang, lampu depan dan lampu signal menyala dengan keadaan baik.
Itulah beberapa langkah keselamatan yang anda perlu ambil perhatian. Walaupun ia benda basic tetapi jika kita terlupa salah satu langkah, ia boleh merugikan kita nanti. Jadi, kepada yang akan pulang ke kampung halaman, nasihat bro jangan tergesa-gesa ketika memandu. Memandulah dengan keadaan berhati-hati dan ikutlah undang-undang jalan raya yang ditetapkan. Anda mampu mengubahnya.

No comments