Bekas Pramugari Tukar Kerjaya Kepada Tukang Kopek Ketam - Terowong Informasi

Breaking News

Bekas Pramugari Tukar Kerjaya Kepada Tukang Kopek Ketam

Kerjaya Kopek Ketam

Seorang bekas pramugari telah membuat satu kerja yang sangat pelik iaitu daripada kerjaya Pramugari kepada tukang kopek ketam. Kerjaya tukang kopek ketam ini merupakan kerjaya baru beliau dan masih dalam percubaan.

Kerja kopek ketam

Semasa tugasan pertama beliau, seorang lelaki mendapatkan perkhidmatannya untuk mengopek ketam ketika menjamu selera di salah satu restoran di Shanghai, China. Semasa melakukan tugas tersebut, ramai yang memerhatikan beliau kerana pelik mengapakan wanita cantik ini menyuapkan isi ketam yang telah dikopeknya dan ada yang bertanyakan adakah beliau kekasih kepada lelaki tersebut. Wanita terbabit menyangkal persoalan tersebut dan berkata beliau sedang melakukan kerja sahaja.

Kerja Kopek Ketam
Kerjaya Kopek Ketam

Kos perkhidmatan beliau untuk mengopek ketam adalah Yuan 250 bersamaan RM163 setiap servis tetapi untuk menyuap akan ada tambahan Yuan 10. Perkhidmatan ini telah berada di internet dan mendapat sambutan yang amat menggalakan di China. Jangan fikir China hanya memberi khidmat seks sahaja tetapi servis macam ini pun juga ada. Pelik bukan?

No comments