Restoran Saji Daging Singa Undang Kontroversi
Terdapat banyak restoran berani membuat menu lain dari yang lain bagi menarik perhatian pengunjung datang ke restoran mereka. Terdapat satu restoran di Tampa, Florida, Amerika Syarikat menyajikan menu taco berintikan daging singa.
Restoran Taco Fusion menawarkan menu exotic Taco daging singa yang dijual dengan harga USD350. Pemilik Taco Fusion, Rayan Gougeon memberitahu, daging singa muda rasanya manis dan menjadikan menu ini laris. Tetapi menu ini telah diberhentikan kerana mendapat banyak ancaman dari pencinta haiwan kerana penjualan daging singa ini.
Daging singa memang diharamkan dijual di Amerika Syarikat walaupun haiwan ini terancam. Setengah kampung di Amerika Syarikat, daging singa dijual USD 225. Salah seorang yang telah memakannya mengatakan daging singa tersebut teksturnya lebih keras daripada steak.
Restoran ini mengatakan memang ingin menawarkan menu eksotik baru yang tidak masuk akal. Senarai menu terpampang pada restoran ini adalah daging bison, yu, burung unta, arnab, itik, unta, kanggaru, hinggalah beruang. Terbaru, mereka akan menambah pilihan iaitu daging iguana dan kuda belang.
No comments
Post a Comment