Burung Gagak Guru Pertama Manusia - Terowong Informasi

Breaking News

Burung Gagak Guru Pertama Manusia



Apa pandangan anda mengenai seekor burung gagak? Pasti anda akan fikirkan, ia adalah burung yang pengotor dan suka makan bangkai. Tahukan anda, burung gagak merupakan guru pertama manusia. Adakah anda masih ingat peristiwa bagaimana anak Nabi Adam, Qabil dan Habil Ketika Qabil membunuh Habil, kerana tipu muslihat Iblis la’natullah kepada beliau dan Allah S.W.T mengirim seekor burung gagak mengajar bagaimana menguburkan bangkai / mayat dengan betul.

Kenapa burung gagak dipilih dan menjadikan ia guru pertama bagi manusia? Burung gagak sebenarnya seekor burung yang pintar dan mempunyai otak lebih besar berbanding dengan burung yang lain. Burung ini juga hidup berkelompok sebagaimana manusia bersosial dengan masyarakat.

Mereka memiliki pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka, inilah fitrah yang senantiasa diberikan Allah kepada burung GagakSetiap kesalahan di antara burung Gagak memiliki hukuman masing-masing, berikut adalah contoh-contohnya:

  1. Ketika salah satu di antara mereka mengambil jatuh makanan untuk anak-anak Gagak, maka hukumannya adalah sekelompok Gagak akan mematuknya sampai bulu-bulu si Gagak habis sehingga Gagak tersebut gondol dan tidak boleh buat apa-apa lagi seperti anak-anak Gagak sebelum dewasa.
  2. Ketika seekor Gagak menyakiti Gagak betina yang lain, maka sekelompok Gagak akan menyerangnya dengan paruh-paruhnya hingga mati.
Jika dilihat hukuman di atas, ia seumpama hukuman yang dilakukan oleh manusia jika terdapat manusia lain membuat kesalahan. Yang salah tetap akan dikenakan hukuman. Bebalik kepada hukuman gagak yang menyerang sehingga mati tersebut, maka salah satu di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkannya dengan tanah sebagai penghormatan atas mayat.

Mengikut pandangan saintis dunia, mereka tidak pernah jumpa binatang menanam bangkai rakan mereka seperti burung gagak lakukan. Ia sangat unik dan mengagumkan walaupun gagak dipandang hina oleh manusia sekarang. Diharap, informasi berguna ini dapat disampaikan kepada rakan yang lain mengenai fakta sebenar burung gagak ini.

No comments